Pages

Tuesday, September 9, 2014

5 Cara untuk mulakan bisnes Hartanah

Untuk bermula berniaga, kita pelu ada strategi dan ilmu dalam berniaga kerana berniaga bukanlah sesuatu yang mudah walaupun ia nampak macam simple. Klau nak ahu susah senang berniaga, kena cuba berniaga kecil- kecilan dahulu....barulah dapat feel rasa susahnya berniaga.

Berniaga akan jadi lebih mudah jika kita punya perancangan yang betul dan menyeluruh tak kira bisnes yang kita ingin ceburi itu kecil atau pun besar.  Untuk membuat perancangan juga, kita perlukan ilmu merancang perniagaan. Ini untuk memastikan perniagaan kita akan bertahan lama dan kita tidak menghadapi masalah mengendalikan perniagaan kita ini.

Saya tertarik dengan Tips yang diberikan oleh usahawan hartanah yang berjaya ini Tan Sri Dato Mustapha Kamal. Beliau adalah seorang yang patut kita banggakan kerana berjaya dalam bisnes ini.

Setiap organisasi yang berjaya, 5 perkara ini perlu ada dalam membangun dan memajukan perniagaan mereka. Ia juga boleh diaplikasikan bagi individu yang ingin berjaya dunia dan akhirat.
Kerana perancangan yang baik akan menetukan hala tuju masing2 tak kira individu ataupun perniagaan

1. MISI
Misi amat penting sebelum memulakan sesuatu iaitu, apakah yang kita mahukan sebelum memulakan sesuatu, Contohnya anda ingin menjadi peniaga hartanah muslim yang berjaya dan sentiasa membantu orang lain untuk berjaya.

2. VISI
Perlulah memandang jauh dan mempunyai pegangan hidup agar visi kita untuk berjaya dunia dan akhirat akan tercapai dengan izin Allah swt. Selain itu kesederhanaa dalam semua perkara adalah perkara penting dalam menentukan kejayaan kita.

3. STRATEGI
Untuk merealisasikan impian atau visi anda, strategi amat penting bagi kejayaan anda. Contohnya, untuk menjadi jutawan hartanah yang berjaya dalam masa 5 tahun, anda perlu adcapai.a pelan jangka pendek dan jangka panjang. Apakah usha dan modal yang anda perlukan untuk memastikan impian anda tercapai. Apakah yang perlu anda belajar dan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk mencari ilmu sebagai pelabur hartanah.

4. SOKONGAN
Sistem sokongan juga amat penting dalam setiap bisnes yang kita ceburi. Pastikan anda punya mentor atau kawan untuk memastikan anda terus berjuang dalam pelaburan ini.

5.SUMBER
Kita perlu ada wang untuk memastikan semua misi dan misi kita tercapai. Bermulalah dengan sedikit, InsyaAllah anda akan beroleh kejayaan dan beristiqamah dan jangan cepat putus asa.

InsyaAllah saya doakan anda berjaya bermula sebagai pelabur hartanah yang berjaya.

Ini adalah sedikit perkongsian dari saya yang boleh anda praktikkan.
Kejayaan anda bermula dari anda sendiri.













No comments:

Post a Comment