Salam,
Hari ini baca sesuatu yang boleh dikongsikan bersama.
Betulkah melabur dalam hartanah menjanjikan wang yang lumayan. Betul...betul...kalau anda bijak dan tahu cara- cara yang betul dalam pelaburan hartanah ini. Saya bukanlah ahli atau pakar dalam hartanah ini. Saya juga seperti anda, baru bermula dalam mencari ilmu mengenai hartanah ini.
Ilmu adalah sumber yang paling penting dalam manjana income yang berganda.
Di sini ingin saya kongsikan antara strategi yang pelu anda tahu sebelum bermula dengan bidang hartanah ini.
Kita perlu analisa apabila kita membeli rumah, adakah kita mahu sewa atau jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Kali ini kita tengok strategi, kalau kita beli rumah dan menyewakannya. Ini di panggil konsep beli dan sewa. Sebelum menyewakan rumah anda, anda perlu tahu berapakah sewa yang patut anda sewakan.
Sebelum membeli rumah, kita perlulah memilih rumah yang mempunyai harga pasaran yang tinggi untuk memastikan kita boleh menyewakan dengan harga yang tinggi bagi mengelakkan kerugian.
Pastikan anda mempunyai aliran positif atau income pasif dimana anda tidak mengalami kerugian di kemudian hari.
Berapakah perlu kita sewakan bagi mendapat income pasif setiap bulan ataumendapat pulangan yang baik setiap bulan?
Kadar sewa sebuah hartanah yang diperoleh bagi 10 bulan mestilah cukup untuk menampung komitmen selama 12 bulan.
Kenapa 10 bulan sahaja? Dua bulan sewa itu bagi menampung penyelengaraan rumah itu setiap tahun tanpa mengeluar duit extra bagi kerja2 penyelengaraan.
Oleh itu, sebelum menyewakan rumah anda pastikan anda tahu harga sewaan yang patut anda kenakan. Kenaikan sewa juga perlu bergantung kadar BLR yang dikenakan oleh BNM/Bank anda.
Harapan saya, anda mendapat sedikit ilmu untuk terus berjaya.
No comments:
Post a Comment