Saya juga antara orang yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah ini. Ini adalah antara tips yang menarik perhatian saya yang boleh kita kongsi bersama:
Antara tips yang dikongsikan ialah
1. ILMU
Apa bidang pun yang kita nak ceburi...Ilmu lah yang paling penting sekali, Oleh itu, pastikan anda belanjakan sedikit wang untuk menanbah ilmu dalam pelaburan hartanah ini.
2.NIAT untuk Kaya
Sesuatu yang kita ingin lalukan, perlulah ada niat yang betul. Nak jadi kaya....mesti yang menjadi keutamaan ...jadi biarlah niat kita itu dapat menolong orang lain dan lebihkan kepada ibadah kpd Allah.
3.NIAT untuk membeli atau melabur
Kita mesti tahu , kita membeli hartanah adakah untuk kediaman sendiri atau untuk tujuan pelaburan.
Ini adlah penting kerana untuk mengelakan kita terikut-ikut orang dan akhirnya kita yang akan rugi.
4.PELABURAN HARTANAH bukan skim cepat kaya
Pelaburan memang mengambil masa yang lama untuk kita berjaya dan oleh itu pastikan anda bermula dengan cara yang betul kerana pelaburang hartanah memerlukan kesabaran yang tinggi.
5. PELAN JANGKA MASA PANJANG
Pelaburan hartanah ini memerlukan pelan dan mengambil masa yang agak panjang untuk berjaya.
Dengan yang demikian, kita perlu meletakkan sasaran kebebasan kewangan ketika di usia muda agar kita lebih fokus dan bersemangat untuk mencapai sasaran itu,
Berfikiran jauh juga adalah aspek utama untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya.
Saya doakan kejayaan anda semua.
No comments:
Post a Comment